SEJARAH SEKOLAH

SK LKTP MAOKIL 2 diwujudkan pada 1 Januari 1992. Pada mulanya hanya sebuah sekolah rendah yang ada di Gugusan Felda Maokil. Oleh kerana pertambahan murid maka telah diwujudkan sebuah sekolah lagi bagi menampung keperluan ini. Peringkat awal penubuhannya sekolah ini menumpang bangunan SK LKTP Maokil 1 dan sessi persekolahan dijalankan pada sebelah petang.
             
               Dengan pentadbiran yang berasingan maka dari segi pelajar juga diasingkan.Pelajar di SK LKTP Maokil 2 adalah terdiri dari anak-anak peneroka dari Maokil 2, Maokil 4. Pelajar dari Maokil 1 meliputi dari Blok 4,10,11,12,13. Selain itu pelajar dari pekerja Kilang Sawit Maokil dan anak-anak staf D'mart yang dahulunya dikenali sebagai PNF juga ditempatkan disekolah ini.

              Pada sekitar 1 Disember 1994, sekolah ini berpindah kebangunan sendiri. Luas keseluruhan kawasan ialah 12 ekar. Peringkat awal pembukaannya mempunyai 3 blok bangunan 3 tingkat. Sessi persekolahan dijalankan pada sebelah pagi sahaja.

              Tahun 1999 blok D(blok 3 tingkat) telah dibina dan digunakan sepenuhnya pada tahun 2000. Tahun 2003 kemudahan makmal komputer disekolah bermula. Tahun 2004 kelas PRA sekolah mula beroperasi. Tahun 2006 satu pusat akses komputer ditempatkan di sekolah ini.

       
Berikut adalah senarai guru besar yang bertugas disekolah ini:-

1. Pn. Hajah Sum bte Wasis (Memangku)-01.01.1992 hingga 01.12.1992( 1 TAHUN)
2.En. Misran b. Lamoon -01.01.1993 hingga 01.12.1993 ( 1 TAHUN)
3.En. Sulaiman b, Daud -01.01.1994 hingga 15.02.1998 ( 4 TAHUN)
4.Tn. Hj Jumaat b. Diman -16.02.1998 hingga 30.06.2003 ( 5 TAHUN)
5. Pn.Hjh Noorini b. Kasran-01.07.2003 hingga15.06.2006 ( 3 TAHUN)
6. Tn. Hj Ismail b. Hj Kaimi- 16.06.2006 hingga 01.01.2015 ( 9 TAHUN)
7. En. Abdull Wahab b. Gedong- 01.01.2015 hingga 01.01.2016 ( 1 TAHUN)
8. En. Rosman b. Saidi -02.01.2016 hingga14.09.2016 ( 1 TAHUN)
9. En. AB Hadi Bin Daud- 15.09.2016 hingga13.12.2018 ( 2 TAHUN)
10. En. Baharim Bin Buroh-14.12.2018 hingga kini